Thursday, April 19, 2012

Apa tujuan hidup kita?

apakah pengisian sebuah kehidupan kita di dunia yang sementara ini?
apa tujuan perjalanan hidup kita di dunia ini?

telah Allah gariskan dalam al-Quran tentang sebuah kehidupan, disebarkan pula oleh kekasih agung-Nya, Rasullullah. tetapi berapa ramaikah yang sanggup menghayati dan memahami segala isi kandungan terindah ini dewas ini? 

Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:
1.      Untuk menyembah Allah.

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
2.      Sebagai khalifah.

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)

3.      Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik".
(Ali-'Imran, 3: 110)

Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya Allah tanya " Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.

Jadi, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya. Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah. Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je. Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da\'ie. Dan memang menjadi kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.

SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KITA DITERIMA  
WALLAHU'ALAM

Friday, April 13, 2012

SEKEPING HATI



kita rasa kita mampu buat, tetapi hakikatnya tidak.

kita sentiasa berusaha untuk puaskan hati orang lain,
tetapi hakikatnya hati kita penat.

dan begitu susah untuk ikhlaskan hati,
dalam segala hal.

kita HANYA MANUSIA BIASA
tetapi HARUS BERUSAHA MENJADI LUAR BIASA



Saturday, March 24, 2012

tuti fruty @ TBS

24 mac 2012
a day later aka 26 and 1day.hehe..satu perjalanan mengenali dunia luar,mungkin.boleh dikatakan macam tu la.bosan2 kt masjid tanah di hujung minggu berhempas pulas ke sekolah,jadinya buat la satu trip secara tergempar.hahaha.hebat dan pesat pembangunan kt msia ni.sampaikan mkn pun cuma guna topup kad.sementara menunggu sahabt datang jemput,lets have a break at tutti fruity.sweet and cute.macam dh la masuk dlm perut untuk hari ini.last thing yg msuk perut sy is ice cream sambil tggu cikgu shuhada menjemput.tak sabar untuk simple trip ni

credit to housemate : siti hadijah..
credit to fren : nur shuhadah

adios amigos~

Tuesday, March 20, 2012

mencari warna pelangi

serasa semua tahu dan mengenali jaluran pelangi indah berwarna warni, pelangi akan muncul selepas hujan panas. hujan panas yang dimitoskan orang-orang tua kita "jangan main hujan, nanti demam",maksudnya tak elok la kan. padahal lepas hujan panas tu, selalunya muncul pelangi yang cantik warnanya.
hurm, jika boleh dikaitkan dengan kehidupan manusia, tak selamanya manusia akan berada dalam kebuntuan, sehingga tiba suatu masa yang dijanjikanNya. insyaAllah. janji Allah itu pasti, takdir Allah itu pun pasti, cuma sy pun tak tahu sampai ke mana sy mampu bersabar sebab sy cuma manusia biasa. tetapi sepenuh hati sy memohon agar kesabaran sy seikhlasnya untuk Dia. ameen..sesungguhnya ujian itu keuntungan pada yang menghayati dan menerima dengan sabar.


"Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,dan merekalah orang-orang yang beruntung" Surah Al-Baqarah 2:5

Sunday, March 11, 2012

:summer of my day:

mata terpisat-pisat,bukak tutup bukak tutup balik...
alarm dh berbunyi ya...

idea-idea,,datangla...dh lama sgt tak mencurah ilmu di layar putih ni, blur jadinya...heheh..
sepetang di kolam, buat macam-macam gaya renang tapi tak timbul-timbul jugak melainkan guna pelampung.hahaha...berat la cik ni..mm,me belajar menceriakan hidup dalam suasana Kem Terendak yang sunyi ni..best jugak..me mencari ketenangan sambil merenung setiap satu persatu kisah kehidupan...

Monday, February 28, 2011

+memorable sunday+

salam di pagi isnin yang ceria...
sgt tak percaya,tp alhamdulillah atas kesempatan tersebut..terima kasih teman..

wajah bersih itu walaupun dengan seribu kedutan,masih mampu memberikan ketenangan, menyebarkan bingkisan ilmu untuk santapan jiwa yang tandus dan kelaparan, amar makruf nahi munkar.buat seorang hamba, yang akan terus kembara mencari-cari cahaya,menyuluhi laluan kehidupan dunia yang sementara..sebagai bekalan kehidupan hakiki kelak...sungguh indah pertemuan itu...
Maha Suci Engkau..kurniakanlah kesihatan dan keberkatan dalam setiap langkah beliau, untuk terus memperjuangkan syariat Mu...ameen..

[kembara hamba mencari cahaya]

McD Seremban Parade : 1.30 p.m

haha....kita sudah semakin dewasa teman..
:kita: dengan topik itu.walaupun serabut,tp kdg-kdg perlu...tapi teman,walau mcm mana pun pusingnya kita dalam mendapatkan jawapan kepada teka teki ini,penyelesaiannya pada Dia.
mcm soalan dato'
> kamu dh buat istikharah? :terkelu dan terpana..haha...

apa kita nk jwb?cuma mampu senyum waktu itu...malu seyh..tp sbb kealpaan itu,kita dapat ilmu dan buku dari dia....boleh dikatakan mcm ada hikmahnya walaupun kita alpa,kita dapat buku istikharah dan penyelesaiannya..haaa...tp harap-harap lepas ni,kita mampu jd hamba yang sentiasa mendahulukanNya dari segala...hehe...sama kita doakan jawapan kepada teka teki kita teman...semoga sentiasa beroleh yang terbaik dalam kehidupan ini...ameen...barakallah

Wednesday, February 16, 2011

awan kelabu

jiwa yang terus terbang,
bila seharian kt rumah semalam, boleh pulak meronda-ronda drive sampai pantai puteri. hurm...sambil-sambil berfikir, ptt la saya tak dipostingkan ke Sabah or Sarawak.

"Allah lebih Mengetahui apa yang tidak kita ketahui"

agaknya kalau saya di sana skrg, mana mungkin untuk saya memandu tanpa arah, di waktu malam,menghirup udara pantai walaupun dh tercemar :P
hurm....seronok duduk tepi pantai malam-malam,amek angin..dengar bunyi ombak walaupun tak nampak...

ahaa...kisah teman-teman di seberang laut...
http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100000306675965&sk
http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100000817519351&sk

tak seindah yang dibayangkan rupanya..tp masih tetap bersyukur kerana berpeluang mengenali kehidupan yang tak semua berpeluang untuk nikmatinya.apa-apa hal pun kamu tetap terbaik teman...semoga perjuangan kamu sentiasa di bawah Redha Nya..semoga kalian bisa tabah dalam menjalani kehidupan sebagai pendidik :) begitu juga aku di sini..

"ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah"