apakah pengisian sebuah kehidupan kita di dunia yang sementara ini?
apa tujuan perjalanan hidup kita di dunia ini?
telah Allah gariskan dalam al-Quran tentang sebuah kehidupan, disebarkan pula oleh kekasih agung-Nya, Rasullullah. tetapi berapa ramaikah yang sanggup menghayati dan memahami segala isi kandungan terindah ini dewas ini?
Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:
1. Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
2. Sebagai khalifah.
" Dan
ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak
menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan
kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman,
"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)
3. Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat
Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu)
menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih
baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan
mereka adalah orang-orang fasik".
(Ali-'Imran, 3: 110)
Hari pembalasan mesti dan pasti akan tiba. Cuma masanya sahaja
dirahsiakan Allah. Pada hari pembalasan nanti, kita akan
dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kita lakukan. Sekiranya
Allah tanya " Apa yang telah kau gunakan dengan masamu dan apa yang
telah kau lakukan untuk agamamu?" Apa yang kita nak jawab? Apa yang
mampu kita jawab? Nak menipu? Mesti lah tak boleh. Sebab semua anggota
akan menjadi saksi pada hari tu dan mengatakan yang benar sahaja.
Jadi, gunakan lah masa yang Allah berikan ni dengan sebaik-baiknya.
Dalam pada kita belajar dan bekerja tu, jangan lupa mengingati Allah.
Memang wajib pun kita ingat Allah sepanjang masa. Biar dunia dan akhirat
seiring. Dan berdakwahlah. Ajak kawan-kawan kita buat kebaikan dan
cegahlah kemungkaran. Jangan nak tunggu diri perfect dulu baru nak ajak
orang buat kebaikan. Kita ajak orang buat baik dan dalam masa yang sama
kita perbaiki diri. Tak kanlah kita asyik nak harapkan orang lain je.
Biarlah ustaz-ustaz je yang buat kerja ni. Salah sama sekali. Sebab
setiap daripada kita adalah khalifah dan juga da\'ie. Dan memang menjadi
kewajipan kita untuk memastikan Islam tetap tersebar.
SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KITA DITERIMA
WALLAHU'ALAM