Thursday, July 9, 2009

::pUjaNgGa hIduP::

alihkan mata mu ke laut,
airnya membiru dan penuh ketenangan,
tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia didalamya,
begitulah manusia, riang ketawa,
tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya,
jika kau kecewa,
pandanglah ke sungai,
airnya sentiasa mengalir meskipun berjuta batu menghalang,
jika kau sedih,
pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama,
hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran,
yang penting ingatlah,
betapa hebat ujian Allah terhadap hambanya,
pasti tersingkap sebuah hikmah disebaliknya...

No comments:

Post a Comment