" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin
dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat..
memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang
layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui
perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu
dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak
akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik
yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin
dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang
tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan
berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita
yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika
disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita
yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
BIMBINGLAH KAMI MENUJU SYURGA MU
Waallahu'alam