Sunday, May 27, 2012

antara perjalanan dan kenangan

sebuah perjalanan yang dilalui akan sentiasa meninggalkan sesuatu kenangan.baik manis mahu pun pahit,tapi perjalanan itu mampu mengubah seseorang.andai manis wajahnya, maka indah la liku liku perjalanan ditempuhi.andai sebaliknya, terkesan la liku perjalanannya di hati.dan itu lah yang mampu memberi ilmu baru dlm kehidupan dunia seseorang.


di sebalik perjalanan tetap tersembunyi suatu hikmah yang mungkin tidak seorang hamba pun mengetahui melainkan Pencipta Agung. berlapang dada lah pada semua ketentuanNya,kerana pulanganNya selalunya tidak mendukacitakan.InsyaAllah..andainya kita berserah dan mengambil iktibar atas segala kejadian tersebut.

semoga Allah memprmudahkan segala perjalanan kehidupan kita di dunia, sebagai persediaan kehidupan yang kekal abadi kelak.wallahualam.

seoran mukmin tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. HR BUKHARI&MUSLIM

No comments:

Post a Comment