Friday, December 31, 2010

seiring waktu,setuntas usia

sekian lama tidak mencoret,
otak kian membeku,
walau perasaan makin di halusi,

::2010::
di hari terakhir, semakin banyak rasa mendatang,
semakin terkenang hari2 di belakang,
semakin jauh untuk digapai kehidupan yang mendatang,
serasanya,
Dia masih dengan kasih sayangNya,

pengalaman dan mainan kehidupan,
masih belum mampu mencekalkan hati,
menghadapi setiap cabaran dan dugaan hidup,
walaupun masih di putaran roda yang sama,
kadang rapuh kadang tegar,
Dia masih dengan petunjukNya,
walaupun seorang hamba sentiasa alpa,

dan sebuah kehidupan,
dengan setiap kejadian,
bukan untuk disesali,
wahai hamba,
bersyukurlah dengan setiap hembusan nafas,
kurniaanNya.

::2011::
tingkatkan keyakinan mu, untuk terus menghadapi cabaran mendatang,
dengan redha dan rahmatNya,
kasih dan sayangNya,
bersujud dan menadah,
hanya padaNya,
kerana itu lah pengakhiran sebuah kehidupan,
seorang manusia kelak,

dan kau,
yakinlah dengan setiap langkahmu,
bertawakal atas apa yang telah kau mohon,
hanya padaNya,
kerana hanya Dia,
yang selayaknya untuk segala-galanya,
terima kasih Tuhan atas desah nafas,
kurniaanMu

No comments:

Post a Comment